Perkhidmatan Kami

 Kami menawarkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan tersebut merangkumi:

(1) Tertakluk kepada apa-apa syarat atau batasan yang dinyatakan dalam pelantikannya, kuasa seseorang peguam bela dan peguam cara yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah adalah seperti yang berikut:

(a) menerima akuterimaan perempuan bersuami dalam semua hal jika akuterimaan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;

(b) menerima akuterimaan ikatan jaminan dan bon jaminan;

(c) mengendalikan sumpah untuk—

(i) justifikasi jaminan;
(ii) mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
(iii) menerima dan mengambil jawapan, rayuan, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan mana-mana pihak atau pihak-pihak dalam apa-apa tindakan;

(iv) pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa soal siasat atau de bene esse atau pemeriksaan utama atau pada mana-mana keadaan lain;

(v) sumpah wasi dan pentadbir; dan

(vi) mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah; dan

(d) mengambil dan menerima akuan berkanun.

(2) Subkaedah 9(1) tidak terpakai kepada mana-mana dokumen yang disediakan oleh peguam bela dan peguam cara dan oleh mana-mana orang lain yang terlibat dalam mana-mana prosiding mahkamah yang diwakili peguam bela dan peguam cara atau firma peguam bela dan peguam cara itu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengumuman